Booth NADI di Program Jiwa Komuniti Madani Kg. Pengkalan Durian
24 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini23 Ogos 2025 – Program Mini Karnival Jiwa @ Komuniti Madani Kampung Pengkalan Durian telah berlangsung meriah di Astaka Rumah Rakyat Pengkalan Durian dengan pelbagai pengisian menarik yang melibatkan agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Port Dickson bersama Komuniti Madani Kampung Pengkalan Durian ini telah dirasmikan oleh ADUN Linggi, YB Datuk Mohd Faizal bin Ramli.
Program ini menjadi platform dalam menghebahkan maklumat mengenai dasar, inisiatif serta kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan, di samping menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Sebagai salah satu pengisian, Booth NADI Linggi turut serta dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya memperkenalkan NADI dan perkhidmatan perkhidmatan pintar, pendaftaran percuma keahlian NADI, pendaftaran kelas serta program, selain permainan Kempen Internet Selamat (KIS).
Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti Jualan Rahmah serta penyertaan booth daripada Majlis Belia Daerah Port Dickson dan agensi-agensi lain.
Penyertaan NADI Linggi di acara ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara NADI, agensi kerajaan dan masyarakat setempat, selain menambah keahlian dan memperkenalkan NADI secara lebih meluas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: